Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pengunjung blog.
Terima kasih untuk masa & minat anda.
Kami, Chachachoc X Enterprise, sangat berbesar hati dengan kelahiran blog yang baru ini. Diharap dengan kehadirannya di alam maya ini mampu memberi tambah nilai pada setiap pembaca & orang di sekelilingnya.
Memulakan perniagaan coklat dari rumah sejak 2010, memang menjadi sesuatu yang tidak disangka- sangkakan sebelum ini. Minat yang tercetus secara tiba- tiba ini telah menjadi satu side- income yang boleh dibanggakan. Dari zero knowledge tentang coklat, sekarang bolehlah juga, dari tiada menjadi ada, dari takut menjadi berani, dari malu- malu jadi tak malu- (eh!), dari 2fig ke 3fig ke 4 fig dan seterusnya. Yang penting keupayaan untuk bertindak memulakan sesuatu tu ada. Setuju?
Kepakaran kami adalah berkongsi apa sahaja maklumat berkaitan home made chocolate, lebih- lebih lagi untuk newbies; dari persoalan bagaimana caranya memulakan perniagaan ini dari dapur rumah anda hinggalah kepada tips tips pemasaran yang sesuai & berkesan bagaimana caranya untuk mempromosikan coklat- coklat anda itu. Semua isi- isi penting ini memang penting. Tanpanya samalah macam kita buat apapun hanyalah untuk..... SYOK SENDIRI. Macam tu, ha, MAKANLAH SENDIRI kann...
Jadinya, untuk mengelakkan kejadian tidak diingini seperti itu berlaku, semua tips penting ini akan dikongsikan sepanjang anda mengikuti blog Chachachoc X dari masa ke semasa.
Info- info yang terkandung dalam blog ini adalah dari berbagai sumber seperti bahan2 bacaan, pengalaman sendiri, pengalaman orang, melalui ekspo2, kursus2 & kelas2 yang dihadiri dan sebagainya mengikut keadaan semasa.
----------P/S : Sudah tentu kami juga masih menerima tempahan..---------
Anda boleh juga mengikuti kami di fb :
sila klik >>>>> CHACHACHOC X
Jika sudilah kan..... ha, bolehlah add kami sebagai kawan di fb (sila klik terus pada nama) :
>>>>>> Norsidah Mohd Pilus
>>>>>> Baharudin Abu Bakar
Terima kasih daun keladi,
Panjang umur jumpa lagi.
Sekian dahulu. In sha allah kita bersua lagi di lembaran seterusnya. Aamiin.
Assalamualaikum.
--------------------------------------
Chachachoc X
-Pakar Coklat Doorgift Anda-
*NMP*
No comments:
Post a Comment